Friday, March 27, 2009

Rahsia (Bab 1)

BAB 1

"Farah, temankan aku pergi cafe jap! Haus ni," rayu Syafiqah berbaur arahan.

Syafiqah dan Farah masing - masing sudah berada dalam tahun ketiga mereka dalam jurusan kejuruteraan kimia. Tahun ini adalah tahun terakhir mereka. Setelah berhempas - pulas bekerja keras sepanjang pengajian mereka selama empat tahun lebih di sini, akhirnya segulung ijazah yang diidamkan akan berada dalam genggaman mereka tidak lama lagi. Hal itulah yang membuatkan Syafiqah agak tertekan, lebih - lebih lagi apabila melihat Farah yang kelihatan sibuk dengan urusan lain yang langsung tiada kena - mengena dengan urusan graduasi mereka.

"Two iced latte, please," pesan Syafiqah sambil mengibas - ngibas tubuhnya kepanasan. Pelayan berbangsa Inggeris itu berlalu setelah mendapatkan pesanan mereka. Mata Syafiqah kemudiannya terarah pada wajah serius Farah Farhana, teman sekuliah dan juga sebiliknya.

“Apesal kau macam busy memanjang je sekarang? Apa projek kau?” Syafiqah menyoal apabila dilihatnya mata Farah yang begitu asyik tertumpu pada kertas yang dipegangnya.

"Am doing a research about human brain. What makes them break, what makes them tick. Aku rasa macam ada satu deep force, tarikan yang sangat kuat untuk aku research benda ni. You know what, human mind is so complicated and interesting. Aku..."

"Oh, please! Kau still dengan benda tu semua. Come on Farah Farhana, you're an engineer. Tak payah nak peningkan kepala fikir semua tu. Aku memang dari dulu lagi tak faham kenapa kau obses sangat dengan benda alah tu semua," pintas Syafiqah dengan wajah kelat.

Farah menjuihkan bibir. Dia tahu minatnya ini tidak ada kaitan dengan apa yang sedang dipelajarinya sekarang tetapi tiada siapa pun yang menetapkan syarat yang manusia hanya boleh menguasai satu bidang sahaja sepanjang hidup mereka. Lihat saja tokoh - tokoh Islam dahulu yang menguasai banyak bidang sekaligus. Inilah yang patut dicontohi oleh anak muda zaman sekarang. Mereka tidak patut membataskan keupayaan mereka sendiri dengan berfikir ilmu mereka sudah cukup setakat itu sahaja. Tuntutan ilmu tiada batasannya.

"Ni memang minat aku sejak dulu lagi," balas Farah mempertahankan diri.

"Itu bukan minat, itu obses. Tolonglah, aku merayu. Berhenti berangan."

Perbualan mereka terhenti seketika apabila pelayan itu kembali dengan membawa dua gelas latte yang dipesan Farah dan Syafiqah. Ekor mata Syafiqah menuruti langkah pelayan itu sehingga dia hilang daripada pandangannya. Matanya kembali ditalakan ke muka Farah, menanti untuk menghamburkan hujah seterusnya.

"You really should learn how to sort out your priority. Jangan sebab benda tu semua, kau flunk final ni."

Farah terdiam. Kata - kata Syafiqah ada benarnya. Walaupun masih berniat untuk membantah, Farah akhirnya mengangkat tangan mengaku kalah untuk tidak memanjangkan diskusi mereka. Syafiqah tersenyum bangga.

"My lady, there you are! Been looking all over for you." Farah mendengus apabila Fitri muncul di hadapannya. Tanpa dijemput, jauh sekali diajak, dia terus mengambil tempat duduk di hadapan Farah dengan senyuman lebarnya.

Fitri, atau nama sebenarnya Naimul Fitri, adalah seorang lelaki yang berasal daripada Selangor. Sepertimana kedua - dua orang gadis itu, dia juga merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan kimia. Sikapnya yang memang sering bertukar pasangan sekurang – kurangnya seminggu sekali memang sudah diketahui ramai sehinggakan dia digelar romeo oleh kebanyakan pelajar Malaysia di sana. Sikapnya itulah yang membuatkan Farah kurang senang dengannya.

"Oh, kau lagi. Kalaulah aku boleh delete mana - mana muka yang aku dah muak tengok, memang aku dah lama delete muka kau," luah Farah.

Fitri ketawa menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Kau ni Farah, sampai macam tu sekali kau benci kat aku. Apa dosa aku?" soal Fitri dengan nada bergurau.

"Sorry, frankly speaking, aku memang tak suka orang macam kau. Boleh tak kau pergi cari perempuan lain?" balas Farah keras sambil memasukkan kertas - kertasnya ke dalam fail lalu mengangkat kaki untuk beredar. Syafiqah mengekori dari belakang.

Fitri memandang dua orang gadis itu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jujur dia tidak tahu apa yang membuatkan gadis seperti Farah cukup alergik dengannya. Setelah meneguk kopi panas untuk menghilangkan rasa mengantuknya, dia mencapai beg lalu melangkah keluar dari kafeteria. Matanya tiba - tiba terpaku pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya.

#

"Apa yang mama buat kat sini?" soal Fitri. Matanya tidak lekang daripada kaca televisyen di hadapannya yang sedang menyiarkan rancangan realiti televisyen. Wanita itu mencapai remote lalu mematikan suis televisyen lantas memaksa Fitri untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang cuba disampaikan oleh ibunya.

"Mama baru dapat info, Natasya Ilyana ada kat sini. Kamu mesti cari dia Fitri."

Fitri mengeluh kesal. Isu Natasya Ilyana rupanya masih belum selesai lagi. Seingatnya, sudah berbelas - belas tahun ibunya sudah cuba menjejak gadis itu namun sehingga kini gadis itu masih belum dapat dipastikan kewujudannya. Sejujurnya, dia kasihan melihat ibunya yang kelihatan semakin terdesak dari hari ke hari tetapi dalam masa yang sama dia juga risaukan kesihatan mental wanita itu.

"Tolonglah mama. Kenapa mama nak sangat cari dia? Apa urusan mama dengan dia? Kalau mama nak sangat jumpa dia, mama cari sendiri. Fitri sibuk sekarang. Final exam dah tak lama dah lagi."

Fitri tersenyum girang memikirkan angan - angannya setelah tamat semester akhir. Kini hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk dia melangkah pergi dari sini dengan menggenggam segulung ijazah. Mungkin tidak lama lagi dia akan berjaya bergelar jurutera muda berjaya seperti impian ayahnya. Segalanya tidak mustahil.

"Fitri mesti tolong mama. Orang lain semua dah give up. Tengoklah nanti, mama akan balas balik apa yang mereka dah buat."

Fitri terdiam. Dia tahu ibunya memang bertekad untuk melaksanakan apa yang dikatakannya. Sudah 25 tahun dia hidup bersama ibunya. Dia sudah masak dengan perangai wanita itu yang memang kuat berdendam. Setiap kesalahan orang lain tidak akan dilupakannya dengan mudah hatta suaminya sendiri. Sebelum ayahnya terlantar sakit dan tidak mampu bergerak, dia selalu mendengar mereka bertengkar di bilik mereka.

No comments: